Monday, January 30, 2012

Fokus dan Kesungguhan


Topik ini mungkin lebih sesuai diletakkan di ruangan motivasi ceciter (ceciterje.blogspot.com) tetapi saya berpendapat sebelum seseorang ingin memulakan kehidupan yang lebih sihat perkara pertama sekali yang perlu ada dalam diri adalah fokus dan kesungguhan untuk terus mengikut cara kehidupan yang sihat dan bukan sekadar satu fasa sahaja dan kemudian kembali ke cara lama apabila telah dapat apa yang kita mahukan samada badan yang lebih kurus, lebih tegap atau sebagainya. Apabila kita merasakan kita perlu membuat perubahan itu, maka haruslah kita terus berazam untuk ke arah itu tanpa menoleh lagi kebelakang ke cara yang lama.




Jika sebelum ini atau sekarang ini anda merasakan anda kurang sihat, berlebihan berat badan, kurang aktiviti fizikal, pemakanan yang kurang seimbang, dan anda ingin mengubah itu ke arah yang lebih positif, dapatkan info yang cukup dan mulakan dengan sesuatu yang kecil terlebih dahulu.


Tetapkan fokus, mulakan langkah dan terus bergerak langkah demi selangkah.  Ia bukan sekadar untuk jangka masa yang pendek, lakukan untuk diri anda yang akan bertambah baik setiap masa. Jika ingin kurus, bila dah kurus, fikirkan cara untuk kekal kurus atau kelihatan lebih baik dengan kelihatan lebih tegap.  Teruskan membuat dan mencari cara untuk memperbaiki rupa diri dan jati diri.


Di blog ini saya akan cuba memberikan info yang mungkin boleh membantu anda untuk mencapai kesihatan yang lebih baik. Dari segi fitness terutamanya. Nantikan di post akan datang.